Thursday, 23 February 2012

Ganoderma...


Cendawan Ganoderma





Cendawan Ganoderma atau lebih popular dengan Ling-zhi di kalangan masyarakat di China adalah sejenis cendawan yang mempunyai nilai-nilai perubatan atau farmaseutikal yang amat baik. Dari bentuk ciri fizikal, Ganoderma mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai tangkai yang panjang, badan yang berkilat dan berwarna perang. Ia digunakan secara meluas  untuk mengatasi masalah kesihatan. Ling zhi asli apabila direbus, rasanya sangat pahit namun ia  dikatakan mempunyai antioksidan paling tinggi berbanding cendawan lain. Selain itu, ia juga mampu merendahkankandungan kolesterol dan lemak dalam darah serta merendahkan kandungan gula dalam darah dan memulihkan fungsi pankreas.

Cendawan boleh menyembuh penyakit??


Cendawan Shiitake



Di Malaysia cendawan sudah semakin banyak di gunakan di dalam pelbagai jenis masakan khususnya cendawan jenis tiram kelabu dan Cendawan shiitake.  Cendawan Shiitake (Lentinus edodes) atau cendawan Hioko berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitakebermaksud cendawan dari pokok Shii (Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake. Cendawan Shiitake mengandungi lentinan iaitu sejenis sebatian anti kanser dan membantu mengurangkan kesan tumor dan tanpa kolesterol. Selain itu, kebaikan cendawan shiitakeini antaranya memberi tenaga kepada sistem imun, menguatkan kebolehan sistem imun bagi menentang jangkitan penyakit.