Cendawan Ganoderma
Cendawan Ganoderma atau lebih popular dengan Ling-zhi di kalangan masyarakat di China adalah sejenis cendawan yang mempunyai nilai-nilai perubatan atau farmaseutikal yang amat baik. Dari bentuk ciri fizikal, Ganoderma mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai tangkai yang panjang, badan yang berkilat dan berwarna perang. Ia digunakan secara meluas untuk mengatasi masalah kesihatan. Ling zhi asli apabila direbus, rasanya sangat pahit namun ia dikatakan mempunyai antioksidan paling tinggi berbanding cendawan lain. Selain itu, ia juga mampu merendahkankandungan kolesterol dan lemak dalam darah serta merendahkan kandungan gula dalam darah dan memulihkan fungsi pankreas.
No comments:
Post a Comment